Sejarah Penubuhan
Persatuan Alumni SMKA Kuala Selangor, ditubuhkan pada 2013, berperanan mengeratkan hubungan bekas pelajar serta menyokong perkembangan sekolah. Melalui pelbagai program, alumni ini menjadi platform perkongsian ilmu, peluang kerjaya, dan khidmat komuniti.
Jadi sebahagian daripada komuniti alumni SMKA Kuala Selangor! Sertai kami untuk mengeratkan silaturahim, berkongsi peluang, dan menyumbang kepada alma mater tercinta. Daftar sekarang dan terus kekal berhubung!
Semak status pendaftaran anda di sini untuk mengesahkan keahlian dan kekal berhubung dengan komuniti alumni SMKAKS!
✅ Memperluas Rangkaian Profesional 🤝📈
✅ Menyumbang kepada Pembangunan Sekolah 🏫🎓
✅ Menjadi Mentor kepada Pelajar 👩🏫🌟
✅ Menganjurkan Aktiviti dan Program 🗓️🎤
✅ Mempererat Silaturahim 🤗❤️
Program sumbangan bulanan alumni ini adalah sebahagian daripada program "Jom Kembali Berbudi" Persatuan Alumni SMKAKS (Giving Back to School).
https://forms.gle/CX7KXWVi7fuyRS128
Dana sumbangan ini akan disalurkan untuk :
Urusan Pembangunan Surau Ar-Ridhwan SMKAKS ( Musolla)
Membantu menampung kos tahunan pengurusan Sistem Database Persatuan Alumni SMKAKS (Jika dana daripada sumber lain tidak mencukupi. Alhamdulillah untuk tahun 2025 kos untuk sistem ini telah pun ditaja sepenuhnya)
Siapa yang boleh menyumbang untuk program ini?
Sesiapa sahaja boleh turut serta untuk menyumbang. Pun begitu, sudah pasti Alumni SMKAKS/KUSISS lah yang terpaling layak untuk menyumbang. Samada anda ahli persatuan atau tidak, pun boleh sama-sama menyumbang. Kalau jadi ahli persatuan pun terbaik! Nak daftar jadi ahli Persatuan? Jemput ke https://www.alumnismkaks.com/
Kenapa khusus untuk Surau/Musolla?
Supaya sumbangan dapat disalurkan secara berfokus dan mudah-mudahan benar-benar dapat membuat perubahan.
Kita memilih untuk fokus kepada Surau/Musolla kerana melihat kepada keadaan bangunan sekolah dan asrama yang telah pun bertambah baik, hasil usaha Pihak Sekolah dan sokongan daripada PIBG yang begitu komited.
Surau/Musolla juga adalah satu "kelas" yang besar untuk semua pelajar. Banyak ilmu yang kita pelajari di sini sepanjang kita bersekolah dulu kan?
Surau/Musolla kita sekarang adalah Surau Jumaat. Penduduk sekitar juga datang untuk bersolat jumaat di sini. Jika anda mahu datang untuk solat jumaat di Surau/Musolla kita pun boleh. Ini menjadi sebab tambahan lagi untuk kita menyumbang, manfaatnya lebih besar dan luas insya'Allah.
Siapa yang menguruskan dana ini?
Dari segi promosi dan pengumpulan dana, ia diurus oleh Unit Dana Persatuan, Bendahari dan Penolong Bendahari dengan bantuan mantap daripada Kumpulan Elit Admin Medsos Alumni.
Manakala untuk keputusan penyaluran dana, ia adalah mengikut kepada keputusan dan kelulusan daripada pihak AJK Persatuan Alumni SMKAKS.
Akaun Bank Persatuan yang digunakan adalah khusus untuk pengumpulan dana ini supaya ia tidak bercampur dengan lain-lain wang Persatuan.
Bagaimana dana ini disalurkan?
Dana ini akan disalurkan mengikut kepada permohonan projek yang akan dijalankan. Pihak AJK Persatuan akan meneliti setiap permohonan dan akan membuat keputusan.
Bolehkah saya menyumbang secara "one-off"?
Boleh. Walaubagaimanapun, jika boleh menyumbang secara berterusan adalah lebih digalakkan. Jumlah yang sedikit pun tidak mengapa kerana yang berterusan walaupun sedikit, insya'Allah akan menjadi bukit. Jumlah dana yang diperlukan adalah besar melihat kepada keadaan Surau/Musolla sekarang ini.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut :-
No. Akaun : 562106973468
Nama Bank : MAYBANK
Nama Akaun : PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA SELANGOR
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut jemput hubungi :
0192233414 - Mohd Dzulhamka Kamaluddin
0162090812 - Dr. Mohd Kamarulzaman Kassim
0145000657 - Nurul Izzah Abdul Aziz
Jazakumullahu khairal jaza