KEAHLIAN
(1) Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada bekas pelajar Sekolah Menegah
Kebangsaan Agama Kuala Selangor (SMKAKS) iaitu terdiri daripada kategori
kategori berikut;
(a) Ahli Biasa
Terbuka kepada pelajar yang pernah mendaftarkan diri di SMKAKS.
(b) Ahli Bersekutu
Keahlian terbuka kepada pasangan atau keluarga Ahli Biasa, atau kakitangan
sekolah, atau bekas kakitangan sekolah yang mempunyai hak yang sama kecuali
hak untuk mengundi dan memegang jawatan di dalam Persatuan.
2(c) Ahli Kehormat
Dilantik oleh Jawatankuasa di kalangan individu yang telah memberi sumbangan
atau idea dalam perkembangan dan pembangunan Sekolah.
(d) Ahli gabungan adalah ahli daripada persatuan, kelab atau entiti yang dinaungi
oleh pertubuhan ini. Keahlian ini akan terbubar dengan sendirinya apabila
persatuan, kelab, entiti atau Jawatankuasa Persatuan ini mengisytiharkan
pergabungan tersebut telah tamat secara bertulis.
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli Persatuan hendaklah menggunakan borang
yang disediakan dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki
mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk
diluluskan. Jawatankuasa boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan
tanpa memberikan alasannya.
(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di
atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama
seperti yang ditetapkan, diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai
ahli.
YURAN PENDAFTARAN DAN KEAHLIAN
Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut ;
(a) Bayaran Pendaftaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja).
(b) Yuran Tahunan RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh sahaja).
(c) Yuran Keahlian Seumur Hidup RM 500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja
dan dibayar secara sekali gus)
Alumni yang berusia 18 tahun hingga 25 tahun yang mendaftar dengan bayaran
pendaftaran RM10, layak memohon pengecualian yuran tahunan dengan
makluman bertulis kepada setiausaha Persatuan sebelum 31 Disember setiap
tahun semasa. Terma ini terpakai kepada mana-mana ahli dalam lingkungan usia
yang sama.
Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari pada tahun semasa
berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun.
Ahli yang membiarkan tunggakan yuran tahunannya sebanyak lebih daripada
satu tahun tanpa sebab munasabah yang diperakukan oleh Persatuan, akan
menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha dan hilanglah hak
hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutang yurannya dijelaskan.
Ahli yang membiarkan tunggakan yuran tahunannya sebanyak lebih dari tiga
tahun tanpa sebab munasabah yang diperakukan oleh Persatuan dengan
sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan, dan Jawatankuasa boleh
memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat
Persatuan berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan
tunggakan yurannya terlebih dahulu.
Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi
sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.